MAMA BAPAK

Amy Munirah | Wednesday, October 28, 2015 | 0Comments |

Aku bersyukur sangat jadi anak mama and bapak. Yelah setiap anak siapa tak bersyukur ada mak ayah yang sangat caring macam mama bapak even hidup kami bukan orang yang berada. Sebenarnya aku lebih manja dengan bapak, sebab bapak manjakan aku kot. Kakak kakak and adik aku pun cakap aku anak bapak. Hahaha.

Dari kecik aku memang rapat dengan bapak, sebab aku ni spesies yang *cengeng, ciwek. Mama pergi ngaji nak ikut, mama bapak pergi kenduri nak ikut, mama bapak pergi kedai nak ikut - 14,15 tahun dulu. Kalau tak ikut ya Allah menangis macam nak roboh rumah sebab dulu rumah kayu kan, bila hentak hentak kaki jiran sebelah pun boleh dengar, semua benda dilempar. Teruknya aku dulu. Hahaha. Lepas tu bila merajuk bapak selalu yang pujuk aku. Senang je bapak pujuk, bapak bagi aku 30 sen, 40 sen aku okay la. Dulu beb, berharga gila. dapat beli kuih 2 ketul. Kalau sekarang memang susah la nak dapat kuih 2 ketul dengan harga 40 sen. Tak pun bapak bawak aku keluar jalan jalan pergi jeti Hutan Melintang naik moto EX5 lama bapak. Lagi satu, dulu kalau bapak balik kerja ya Allah gembiranya. Dengar bunyi moto bapak terus ke pintu 'yeye bapak balik, yeye bapak balik'. Nak tahu sebab apa? Sebab bapak bawak balik jajan. Satu untuk aku, satu untuk adik epy. hahaha :P

Mama bapak memang caring sangat pasal anak-anak. Dulu time aku sekolah setiap pagi mama sediakan breakfast even time tu mama pun tengah busy bersiap-siap pergi kerja. Bapak pulak tiap pagi akan keluarkan moto aku, check minyak ada lagi ke tak, and panaskan enjin moto. Setiap pagi macam tu rutin bapak, dan sampai sekarang time adik epy nak pergi sekolah. Lepas tu sebelum dia keluar, dia pesan macam macam. Selagi aku tak cakap 'ye' dia akan ulang-ulang. hahah.
Time raya bapak rajin sangat pasang lampu lap lip, bagi rumah meriah. Lepas tu pasang pelita. Tapi pelita tu aku yang pasang sekarang sebab bapak dah tak kuat macam dulu. Jadi aku and adik epy yang isi minyak gas semua tu.

Minggu lepas aku ada Whatsapp mama 'ma, balik nanti nak sup kaki ayam'. Aku teringin sebab kat anjung UiTM aku tak jumpa kaki ayam. Aku balik Perak ha memang ada sup kaki ayam. Alhamdulillah :P. Bapak cakap kalau dia makan ayam bahagian drumstick dia selalu teringat dekat aku, sebab aku suka bersihkan tulang drumstick tuu. Hahaha. Ni tadi bapak tanya 'Omi suka ikan keli kan, esok bapak beli ikan keli, masak santan pedas ye'. Terharu beb :(

Aku orang susah. Tak macam orang lain, apa yang nak semua dapat. Tapi aku tak pernah rasa susah, aku bersyukur dengan apa yang ada. Semua benda yang aku nak cari sendiri, usaha sendiri. Kadang-kadang aku terfikir, syukur aku lahir dalam keluarga ni, sebab dapat didik aku untuk berdikari sendiri. Masa balik UiTM lepas cuti raya haji tu mama bapak hantar aku dekat bus stop depan kampung. Terharu beb. Dpa tahu itu ja yang dpa mampu buat untuk aku. Mama bungkuskan cempedak goreng untuk aku untuk bekalan makanan aku dalam bas. Sebab aku memang teringin sangat cempedak goreng yang digoreng sendiri oleh mama. hehe. Kalau nak diceritakan, memang tak cukup page, jasa mama bapak memang banyak dari aku kecik sampai sekarang.

 "MAMA, BAPAK... Ami tak menjanjikan wang ringgit, tapi Ami menjanjikan kejayaan. Semoga Allah panjangkan umur mama bapak, diberi kesihatan dan diberi perlindungan dunia dan akhirat. Amiin"
Thank you for reading

Diploma Food Technology UiTM

Amy Munirah | Monday, June 08, 2015 | 0Comments |
Assalamualaikum. Hari ni start dah kuliah bagi pelajar diploma uitm. But jadual aku hari Isnin memang tak ada class. Heaven ! :P . Entri kali ni nak share sikit kursus apa yang ditawarkan untuk diploma teknologi makanan ni bagi setiap sem. Kita mula dengan sem satu. Sebelum tu, diploma food technology uitm ni ada 5 semester sahaja dan tak ada praktikal. Praktikal time degree nanti rasanya.


SEMESTER 1
National Kesatria I (wajib)
Integrated Languange Skill : Listening
Fundamental of Islam
Pre-Calculus
Basic Chemistry
Introduction to General Biology
Fundamental of Physics I

TOTAL CREDIT HOURS: 18


SEMESTER 2
National Kesatria II (pilihan)
Integrated Languange Skill : Reading
Islamic Thought and Civilation
Basic Analytical Chemistry
Organic Chemistry
General Microbiology
Basic Nutrition

TOTAL CREDIT HOURS: 17


SEMESTER 3
National Kesatria III (pilihan)
Integrated Languange Skill : Writting
Science and Technology in Islam
Computer and Infromation Processing
Biochemistry I
Laboratory Methods in Biochemistry
Food Analysis
Food Microbiolgy

TOTAL CREDIT HOURS: 20


SEMESTER 4
Basic Statistics and Probability
Food Hygiene and Legislation
Introduction to Food Chemistry
Principles of Food Preservation
Introduction to Unit Operations
Scientific Food Study

TOTAL CREDIT HOURS: 19


SEMESTER 5
Fundamental of Entrepreneurship
Food Quality Control
Food Processing
Princioles of Food Engineering
Sensory Evaluation and Food Product Development

TOTAL CREDIT HOURS: 17


Okay Good Luck awak :)



Thank you for reading

Muka Baru

Amy Munirah | Saturday, May 30, 2015 | 0Comments |
Assalamualaikum readers! How are you today ? Malam masih muda, tak remaja lah tidur awal :P
Last night pukul 4 jugak lah tidur. Gara gara photoshop dan blog. Rasa tak puas nak siapkan separuh jalan, so semua ditukar. HAHA.
Sebelum ni theme black white grey macam ni lah. Agak lama jugak lah tak tukar dan tak update. Busy. Ada masa, ada mood so ada lah hasilnya. haha


First sekali tukar header. Guna Adobe Photoshop. Lemah aih bila lupa semua, sedih gila. But malam tadi dok tekan tekan sana sini, ingat lah jugak sikit sikit.HAHA. Download font kat Dafont.com. Macam macam font aku install. Habisnya font simple ja aku guna. haha. Kalau dah guna Photoshop mesti lah kena ada brushes. Ni pun aku dah tak reti macam mana nak install brushes. haha. Tengok tutorial dulu then baru dapat balik ingatan. 

For new users, macam macam brushes boleh dapat dekat Brusheezy and Brushes Download
Caranya: Download brush-Extract files-Copy brushes-Buka Local Disk C-Buka Program Files-Cari file Adobe Photoshop-Presets-Brushes-Paste

This one yang paling pening. Dulu tempat edit HTML ni lain tau. Sekali aku buka, fuhh bertukar. Bila tukarnya taktahu, sebab dah lama aku tak tengok tempat edit HTML ni, aku buka bila aku betul betul nak edit. Nak tick expand widget template pun dah tak ada.haha. Speechless aku last night. Kalau tak expand, kita tak kan jumpa punya code h2 h3 sidebar blockquote semua tu. Bermain dengan button CTRL+ je malam tadi. Tekan punya tekan,jumpa cara nak expand HTML!

Caranya just letak cursor and click dekat mana mana dalam code tu then tekan CTRL+F untuk search dan automatically anak anak code code awak semua ter-expand. Ingat tau, letak cursor and click dekat mana mana code. Kalau awak tak letak, memang akan keluar jugak kotak search but outside the edit html box and confirm tak akan jumpa code yang awak cari :P



Setelah memeningkan kepala sendiri sampai pukul 430 pagi. Ini sahaja yang aku mampu buat.haha. Memang aku suka simple. InsyaAllah after this I will continue blogging ! :P
Thank you for reading

ALHAMDULILLAH.

Amy Munirah | Saturday, May 16, 2015 | 0Comments |

Assalamualaikum semua. Sihat ? My holidays berbaki 3 minggu lagi. Bosan memang bosan sebab duduk rumah ja, but bila dah balik sana nak balik sini :( . Menyesal pulak taknak kerja. HAHA

Alhamdulillah syukur nikmat. Semalam result untuk sem lepas dah keluar and i'm got a satisfied result even tak mencapai 4 flat :). Memang tak sangka sangat sebab subject ekstravaganza sikit even sama macam subject SPM :P Alhamdulillah ja mampu ucap. Harapnya subject next sem yang mudah mudah yang senang senang lah, dengar kata senior cakap senang. Eah ? HAHA. Apa pun tunggu dan lihat.........
Thank you for reading

New Life

Amy Munirah | Thursday, January 01, 2015 | 0Comments |
Assalamualaikum. I want to share with you some views from UiTM Kuala Pilah.

Dekat sana memang kawasan bukit bukau, keliling all green plant. Mula masuk sana memang rasa ish macam mana nak survive ni, jauh dari pekan, pedalaman, but second week dah rasa selesa. Bila dah biasa tak rasa pun pekan tu jauh. haha. So siapa ada hobby macam aku memang tiap masa pegang phone,buka camera, memang nak tangkap gambar je pemandangan bukit bukau ni. Lagi kalau pagi, berkabus, sejuk, Macam Cameron Highlands.



Hobi aku lagi satu suka tengok awan ! haha. Cantik tau bila awan tu *bergumpal gumpal* ha tak tahu nak cakap. haha


Macam aku cakap tadi, pagi pagi berkabus,cantik. Bawah tu Pusat Islam, sebelah Pusat Islam tu kolej siswa, then bangunan yang hujung sana tu ialah bangunan pentadbiran mean include fakulti lah. Ada satu fakulti sahaja kat sini iaitu Fakulti Sains Gunaan . Ni view from tingkat 5. Aku duduk tingkat 5, naik tangga. Boleh kurus kat sini. kikiki


Yang sebelah sana tu ialah kolej. Kalau turun ke fakulti ambil masa kurang dari 10 minit. Nak naik kolej lebih dari 10minit, sebab mendaki. Lagi lagi naik ke kolej siswi memang mendaki amat ! haha

OKAY lah itu sahaja yang dapat dikongsikan. Rindu pulak housemates, cuti tiga minggu. And 11 weeks je tinggal untuk study then final exam. Good luck to me and all ! :)

Thank you for reading