Panjang Perjalanan

Amy Munirah | Wednesday, December 31, 2014 | 0Comments |
Assalamualaikum. Hi semua lama aku menyepi kan ? Ya, sebab malas nak update and terfikir nak delete blog ni. HAHA. Tapi sayang kan, dah buat susah payah edit sana sini sejak form 2. Dulu memang lah ada ja masa nak update, makin dewasa kita pun makin busy.

    Setahun jugak la aku tak pegang buku lepas SPM 2013 tahun lepas. Sebab ? Panjang sebab dia, Allah yang merancangkannya :) Lepas dapat result yang sedang sedang tu datanglah beberapa tawaran daripada institusi pengajian swasta and kerajaan. Swasta memang tolak tepi dulu lah. Maaf. hihi. First sekali dapat matrikulasi. Aku dapat program setahun dekat Kolej Matrikulasi Changlun,Kedah. Tanya family abang abang kakak kakak semua, mereka cakap tunggu UPU dulu. Yes,i'm admit memang benar kata mereka.

      But IPG yang keluarkan keputusan dulu, keputusan kelayakan ujian fizikal apa entah, aku lupa dah. haha. Aku dapat, pergi lah ujian tu dekat IPG Pulau Pinang. Jauh bak hang. Selepas tu keputusan UPU keluar :) Alhamdulillah dapat Diploma Pengurusan Perladangan Makanan dekat Universiti Putra Malaysia  Kampus Bintulu. okay tunggu dulu, sebab aku tunggu IPG. Lepas 3 minggu macam tu keluar pulak keputusan kelayakan temuduga, Alhamdulillah dapat. Aku pergi lah jugak temuduga IPG dekat Cheras.

      Tapi yang menyedihkan bila aku dapat tahu keputusan IPG keluar lambat. So macam mana aku nak decide. Memang runsing, hati berbelah bahagi. Sebab Bintulu nun sana, aku bak settlekan semua mana sempat :( Oh yang matrikulasi memang aku dah tolak. Aku jugak ada mohon UNIKL and KPTM as back up. haha. Otak aku bercelaru time tu. Tambah bila dapat tahu result IPG keluar 3 hari sebelum daftar UPM :( . Memang dah call UPM inform dekat dia daftar lewat sikit. Lagi sedih bila tahu KPM tangguhkan tarikh keputusan IPG and tarikh tu selepas tarikh daftar UPM. Memang takdak selera makan dah aku time tu. haha

     Fikir habis habisan, aku lepaskan UPM macam tu ja, terpaksa :(. Sebab harapan tinggi dekat IPG ni. And bila result IPG keluar, tak dapat. Okay fine. speechless meaningless all-less.hmm . Time tu taktahu nak gelak ke nak sedih. Member lain semua dah sambung study. Aku je duduk rumah. haha. Dengan masa yang terluang, aku kerja.

     Nasib baik ada UiTM dan UPSI yang baik hati buka permohonan sesi 2 (November) . So adik adik lepasan SPM, please be alert. UiTM and UPSI ada bukak permohonan kedua dalam bulan Ogos bagi yang tak dapat tawaran dari UPU atasu senasib macam aku ni ha :( Tiap hari stalk le laman laman web instusi pengajian, jangan dok rajin stalk twitter ,fb orang je :D. Aku buat permohonan untuk kedua dua sekali. Tak kira habis duit beli no pin,print out dokumen. Especially UPSI lah, mahal sikit pengurusan permohonan dia. hihihi.

     ALHAMDULILLAH, bersyukur sangat. Dapat UiTM Kampus Kuala Pilah kos Diploma Teknologi Makanan dan UPSI dapat Diploma Sains Komputer. Dua dua first choice. haha. So dengan muktamad, aku pilih UiTM :). Allah dah rancang, dah ditakdirkan aku dapat kat UiTM Kuala Pilah :)

So untuk adik adik lepasan SPM 2014, please be strong. Kalau dapat IPG, pergi, rebut peluang. Jangan takut pulak lepas aku cerita panjang lebar ni. haha. Permohonan sesi 2 kan hadoo. Rezeki tu kat mana mana ada, cuma cepat atau lambat. Kalau niat kita betul nak belajar, nak capai kejayaan, kita tak kisah even lambat ! chaiyok chaiyok !

 
Thank you for reading

0 comment(s):