First Try- Italian Rainbow Cake

Amy Munirah | Monday, December 24, 2012 | 6Comments |
Assalamualaikum readers. Tengah buat apa tu cik kak, cik abang, cik adik ? Sihat semua ? Today, my hobby edit blog tak sudah sudah . Homework ? Em 2/4 belum siap. InsyaAllah boleh siap *kot . Tapi mesti la nak siapkan jugak kann. hihi. Semalam saya and my sister try try buat kek pelangi Itali barangkali Bahasa Melayunya :D. Petang tu, pukul 6 cepat cepat pergi Billion beli bahan-bahan, dengan hujannya, redah. Teringin nak buat sangat kan.hihi. Okay ni bahan-bahannya. 

Bahan-bahan untuk kek:

2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus/gula kastor
5 biji telur ayam (gred B)
250gm butter
Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)*ikut kehendak
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu segar

Cara-cara:


  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu segar.
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
Sumber:My Resepi

Lepas tu, kita buat dia punya cream, saya buat cheese frosting cream. Kalau ikut sumber di atas dia guna buttercream readymade. Mana-mana pun boleh, ikut kesukaan masing-masing :).

Bahan-bahan untuk cheese frosting:
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara-cara
  1. Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
  2. Sedia untuk digunakan.
Kamera bermegapixle rendah k :)

Agak manis dan tak kemas sikit, biasa la first try. Okay boleh lah cik kakak cik adik try kat rumah. Sedap. Lebih-lebih lagi kalau kita guna cream cheese tu :) Okay sampai sini :)



Thank you for reading