.Hate u Migraine

Amy Munirah | Friday, July 08, 2011 | 0Comments |
Assalamualaikum
7 July semalam besday zarul yang ke 17tahun . dah tua dah dy.ngeh-ngeh.haha.
tepat pukul 12 amy wish taw taw. dah ngatok kegila-gilaan time tuh.12.15 terus tido.kesian dy,tak dapat mcg lame-lame,amy selalu tido awal sekarang.kalau dulu sampai 2,3 pagi berjage lg.and sory ea,malam tadi tak mcg awak sangat,sye tak larat :(

.next story
malam tadi lepas habis sembahyang and baca yasin , amy on9 fb sekejap.tak sampai 15minit. lepas tu amek paper latihan subjek bi dekat dalam bag,na buat larh kan. amy pegang kertas tu macam lain macam.sedar ke tak,sedar ke tak.tak sedar langsung time tuh.amy tengo jam dinding,amy tengo tulisan dekat paper tu,kabur-kabur.ahh sudahh.dah agak dah.migraine la ney. memang seksa betul.rasa na hantuk-hatuk kepala ney.

time tuh baru dua tiga mcg nan zarul.dy soh amy tido.amy tido tapi tak lena langsung.sakit gila kepala.tangan dah mula kebas,na pegang ape-ape pown tak kuat.then,mulut pown kebas.na nangis rasanye.mak and ayah kat surau time tu.akak ain bagi amy mam panadol.tido jap,tapi macam tak tido,muntah-muntah.seksa kalau sape ade migraine ney.

lepas tuh,na tido pulak tak boleh,atas mata ney buat pejam memang sakit gila.tunggu mama balik,tak balik-balik ,ade majlis israk mikraj dekat surau.pukul 11.30 baru mama balik,mama urut kepala and letak bawang putih dekat kepala(perubatan tradisiaonal la kata kan.hehe)then baru boleh tido.and pagi ney rase kebah la sikit.

tak dapat bayangkan kalau migraine tu datang time tengah exam.harap-harap jangan datang ye migraine
.articles about migraine

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis : Classic Migraine dan Common Migraine.

Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.
 yang amy boldkan tu same dengan yang amy kena
Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam auraterjadi dan sakit kepala bermula.

Common Migraine 
Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.
Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheesenitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine : 

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine. 

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

migraine ney tak boleh dicakap-cakap,nanti akan kena.macam akak amy hari selasa petang tu call mama,dy cakap dy tak kene migraine lagi selama duduk dekat uiTm.esok petangnye mama cerita akak kena migriane,kawan dy bawak g klinik kat dalam uiTm tu,then mak cakap kat amy migraine tu tak boleh disebut-sebut kowt.lepas tu malam tadi amy pulak yang kena..hmm.weird.harap-harap amy tak kena lg.

Thank you for reading

0 comment(s):